Popular Posts

Sunday, April 1, 2012

Bagaimana Saya Bermula...

Seperti kebanyakan orang, saya juga mengalami sakit-sakit di beberapa bahagian badan, terutamanya di bahagian tulang belakang dan pinggang, kerap letih dan mengantuk, dan masalah angin di dalam badan.  Pada mulanya saya menyangkakan ianya adalah simptom biasa dek peningkatan usia.  Saya rajin berurut ke sana ke mari untuk memantapkan kesihatan di samping pengambilan makanan kesihatan sebagai langkah menjaga potensi diri.  Sehinggalah Allah menggerakkan hati saya untuk mengikuti Kursus Bekam di Indonesia pada tahun 2011.  Dan, di sanalah segalanya bermula.

Dalam pada saya mengikuti kursus di sana, saya telah mengalami kecederaan di buku lali saya.  Dicadangkan oleh seorang teman kursus untuk berurut, maka saya pun pergi mencari tukang urut di sana yang menggunakan duit syiling.  Ya, memang hilang sakit-sakit badan, tapi lepas itu, seminggu badan saya sakit akibat pedih dan perit duit syiling yang menggaru di segenap badan saya.

Alhamdulillah,  jika Allah mahu memberi, tiada siapa dapat mencegah.  Saya diizinkanNya untuk bertemu dengan Pak Zaeni, yang mengamalkan terapi pembetulan tulang pinggul, yang belum pernah saya temui sebelum ini.  Dengan rawatan selama 20minit, hilang semua kesakitan di bahagian kaki yang terseliuh dan badan pula menjadi ringan dan selesa.  Inilah keajaiban kurniaan Allah S.W.T yang telah menarik minat saya untuk mempelajari teknik Terapi Urutan Pembetulan Tulang Pinggul dan berguru dengan Pak Zaeni.

Dengan ilmu yang tidak seberapa inilah, saya meneruskan langkah mengembangkan teknik rawatan yang diberi nama Dr. Alignment yang menekankan rawatan tulang pinggul dan tulang belakang.

Kepada anda di luar sana yang masih belum mencuba rawatan ini, sila hubungi saya di talian 013-921 9866 (Zafer Hashim) atau pembantu peribadi saya 016-297 5028 (Syifa') untuk temujanji dan kaunseling.

No comments:

Post a Comment