Assalamualaikum..
Antara penyakit yang terbukti dapat dirawat dengan kaedah DR. ALIGNMENT ini adalah sakit bahu beku (frozen shoulder) yang kerap dihidapi oleh kebanyakan dari kita. Faktor usia 40tahun ke atas adalah salah satu punca penyakit ini di samping postur tubuh badan yang kurang baik.
Faktor lain bahu beku termasuklah penyakit sistematik seperti tiroid, kardiovaskular dan Parkinson.
Bahu beku (frozen shoulder) terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral. Radang dalam sendi menyebabkan kapsul sendi yang longgar menjadi ketat kerana terlekat antara satu sama lain. Ruang sendi bahu semakin mengecil, kapsul melekat dan ligamen mengetat pada kedudukan rehat. Keadaan ini mengehadkan keupayaan bahu untuk bergerak dan menyebabkan bahu membeku.
Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong sendi glenohumeral tidak dapat digerakkan sepenuhnya ke semua arah, masalah bahu beku selalunya berlaku di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa. Namun, faktor masa dan kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit di kedua-dua belah bahu.
Pesakit akan berasa lenguh pada bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.
Sekiranya seseorang mendapat kecederaan seperti patah tangan atau menjalani pembedahan tetapi tidak menggerakkan tangan seperti yang diarahkan doktor, keadaan bahu beku juga boleh terjadi.
Menurut kajian pakar ortopedik, pesakit kencing manis mempunyai risiko sehingga empat kali ganda mengalami sindrom bahu beku berbanding individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh.
Untuk rawatan yang lebih berkesan, pesakit boleh mendapatkan terapi fizikal seperti regangan dan senaman tetapi dengan syarat ia dilakukan pada peringkat awal lagi.
Selain bertemu doktor dan pakar fisioterapi, pesakit boleh melakukan sendiri terapi fizikal DR. ALIGNMENT ini.
Sindrom bahu beku juga berpotensi terjadi apabila seseorang tidak menggunakan bahunya yang sakit atau menggunakannya sekali-sekala sahaja.
Apabila digerakkan, pesakit akan berasa sakit. Jadi, mereka lebih selesa menggunakan tangan yang sebelah lagi. Oleh kerana lama tidak digunakan, ia boleh menyebabkan keradangan.
Hubungi terapi kesihatan DR. ALIGNMENT anda hari ini juga untuk khidmat nasihat dan diagnosis percuma.
thanks for your information...
ReplyDeleteBoleh emailkan detail rawatan utk Frozen Shoulder dan lokasi klinik dr. Alignment.
ReplyDeleteBoleh emailkan detail rawatan utk Frozen Shoulder dan lokasi klinik dr. Alignment.
ReplyDeleteBoleh emailkan detail rawatan utk Frozen Shoulder dan lokasi klinik dr. Alignment.
ReplyDeleteassalam..boleh bg no telfon tak? sy emaik dr. blum bls. sbb ada psakit nak brubat utk frozen shoulder ni dri brunei
ReplyDelete