Popular Posts

Friday, April 6, 2012

Bagaimana DR.ALIGNMENT merawat masalah SENGGUGUT yang kronik..?

Assalamualaikum... 

Rasa sakit sewaktu datang haid adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. 

Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian wanita akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut berterusan selepas kahwin. 
Wanita yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penahan sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’ iaitu sejenis dadah yang amat kuat.  Bagaimanapun, kajian mendapati ubatan ini semuanya mempunyai kesan sampingan jangka panjang yang akan membawa kepada penyakit yang lebih serius.
 
Kebanyakan daripada mereka yang menghidapi penyakit ini akan menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan.

Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim.  Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah yang amat menyeksakan.

DR. ALIGNMENT menyediakan rawatan pembetulan tulang pinggul (pelvis) untuk mengatasi masalah yang dideritai ramai wanita ini.   Hubungi perawat kami Zafer Hashim (013-921 9866) atau Syifa' (016-297 5028) untuk rundingan dan khidmat nasihat PERCUMA.

 

No comments:

Post a Comment