Popular Posts

Monday, April 9, 2012

'Slipped Disc'

Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor" dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas. Kebanyakan pesakit yang menemui doktor untuk mendapatkan rawatan akan dibekalkan dengan ubat penahan sakit pelbagai bentuk dan warna yang bersifat memberi kelegaan sementara.

*Sila rujuk gambar di atas.

Kebanyakan dari kita tidak begitu sensitif mengenai sakit kaki atau badan. Secara amnya, kita menganggap segala kesakitan minor ini akan lega dan sembuh selepas kita menjalani rawatan berurut yang hanya menekankan bahagian urat. Mereka yang sudah biasa melakukan aktivit lasak seperti bersukan dan beriadah juga menganggap sakit di bahagian belakang dan badan ini adalah aras penanda keaktifan aktiviti mereka.  Ramai yang leka dengan teknik 'warming up' yang sepatutnya ditekankan sebelum melakukan apa-apa juga aktiviti sukan.  Ini adalah sebahagian punca bagaimana 'slipped disc' boleh berlaku.  Antara punca biasa keadaan 'slipped disc' ini adalah:
  • kemalangan yang mengakibatkan kesan terus menerus kepada cakera tulang belakang;
  • Duduk lama pada keadaan posture tubuh yang tidak baik;
  • Tekanan yang kuat pada tulang belakang sewaktu kita mengangkat barang berat.
Selain itu, simptom biasa keadaan 'slipped disc' ini dibandingkan dengan sakit belakang biasa adalah;
  • sakit yang berterusan pada otot tulang belakang (ada di antara pesakit yang menghidapinya bertahun-tahun tanpa disedari)
  • kebas-kebas pada kaki, ibu jari kaki dan jari-jemari
  • tidak boleh mengangkat sebelah atau kedua-dua belah kaki ketika berbaring
  • tidak boleh membongkok ketika sedang berdiri.
Satu lagi perkara yang jarang dipedulikan ialah kesakitan belakang akibat mencangkung terlalu lama. Ringkasnya, slipped disc boleh terjadi kepada sesiapa saja terutamanya yang berumur 30 tahun ke atas. Nasihat ikhlas untuk yang aktif dalam sukan, jangan berhenti dari aktiviti sukan terlalu lama. Pastikan sukan aktiviti yang berterusan.

DR. ALIGNMENT adalah seni terapi tulang belakang dan pinggul khusus untuk rawatan 'slipped disc' ini.  Di samping itu DR. ALIGNMENT juga turut berkesan untuk merawat degenerated disc, herniated/portruded disc, dan sciatica.  Selain itu, DR. ALIGNMENT turut berkesan merawat sendi dan kecederaan akibat bersukan. 

Friday, April 6, 2012

Bagaimana DR.ALIGNMENT merawat masalah SENGGUGUT yang kronik..?

Assalamualaikum... 

Rasa sakit sewaktu datang haid adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. 

Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian wanita akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut berterusan selepas kahwin. 
Wanita yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penahan sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’ iaitu sejenis dadah yang amat kuat.  Bagaimanapun, kajian mendapati ubatan ini semuanya mempunyai kesan sampingan jangka panjang yang akan membawa kepada penyakit yang lebih serius.
 
Kebanyakan daripada mereka yang menghidapi penyakit ini akan menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan.

Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim.  Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah yang amat menyeksakan.

DR. ALIGNMENT menyediakan rawatan pembetulan tulang pinggul (pelvis) untuk mengatasi masalah yang dideritai ramai wanita ini.   Hubungi perawat kami Zafer Hashim (013-921 9866) atau Syifa' (016-297 5028) untuk rundingan dan khidmat nasihat PERCUMA.

 

Apa itu Sakit Bahu Beku (Frozen Shoulder)?

Assalamualaikum..
 
Antara penyakit yang terbukti dapat dirawat dengan kaedah DR. ALIGNMENT ini adalah sakit bahu beku (frozen shoulder) yang kerap dihidapi oleh kebanyakan dari kita.  Faktor usia 40tahun ke atas adalah salah satu punca penyakit ini di samping postur tubuh badan yang kurang baik.
Faktor lain bahu beku termasuklah penyakit sistematik seperti tiroid, kardiovaskular dan Parkinson.
 
 
 
Bahu beku (frozen shoulder) terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral. Radang dalam sendi menyebabkan kapsul sendi yang longgar menjadi ketat kerana terlekat antara satu sama lain. Ruang sendi bahu semakin mengecil, kapsul melekat dan ligamen mengetat pada kedudukan rehat. Keadaan ini mengehadkan keupayaan bahu untuk bergerak dan menyebabkan bahu membeku.
 
Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong sendi glenohumeral tidak dapat digerakkan sepenuhnya ke semua arah, masalah bahu beku selalunya berlaku di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa. Namun, faktor masa dan kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit di kedua-dua belah bahu.

Pesakit akan berasa lenguh pada bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.
 
Sekiranya seseorang mendapat kecederaan seperti patah tangan atau menjalani pembedahan tetapi tidak menggerakkan tangan seperti yang diarahkan doktor, keadaan bahu beku juga boleh terjadi.

Menurut kajian pakar ortopedik, pesakit kencing manis mempunyai risiko sehingga empat kali ganda mengalami sindrom bahu beku berbanding individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh.
 

Untuk rawatan yang lebih berkesan, pesakit boleh mendapatkan terapi fizikal seperti regangan dan senaman tetapi dengan syarat ia dilakukan pada peringkat awal lagi.

Selain bertemu doktor dan pakar fisioterapi, pesakit boleh melakukan sendiri terapi fizikal DR. ALIGNMENT ini.

 
Sindrom bahu beku juga berpotensi terjadi apabila seseorang tidak menggunakan bahunya yang sakit atau menggunakannya sekali-sekala sahaja.

Apabila digerakkan, pesakit akan berasa sakit. Jadi, mereka lebih selesa menggunakan tangan yang sebelah lagi. Oleh kerana lama tidak digunakan, ia boleh menyebabkan keradangan.
 
Hubungi terapi kesihatan DR. ALIGNMENT anda hari ini juga untuk khidmat nasihat dan diagnosis percuma. 

Sunday, April 1, 2012

Kursus Rawatan & Pemulihan Kesihatan Dr.Alignment

Selain dari menyediakan perkhidmatan rawatan, kami turut menyediakan khidmat latihan kepada mereka yang berminat untuk mempelajari dan mempraktikkan teknik dan kaedah terapi Dr. Alignment ini.  Tidak kiralah jika anda seorang profesional, usahawan, selebriti atau pelajar, kami akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk kepuasan dan nilai ringgit anda.

Antara faedah mempelajari teknik ini adalah:
  1. merawat dan memulihkan pelbagai jenis penyakit dengan teknik yang mudah, cepat dan berkesan;
  2. mencegah anda dan keluarga anda daripada penyakit-penyakit berat seperti darah tinggi, kencing manis, stress, migraine, dan sebagainya;
  3. mengurangkan kos perubatan anda sekeluarga;
  4. mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan jiran tetangga;
  5. menambahkan pendapatan anda sebagai Juru Terapi Dr. Alignment.
Kami menjalankan sesi pelatihan ini dua kali dalam sebulan, lokasi adalah dalam kawasan  Kuala Lumpur.  Terbaru, kami telah menjalankan latihan ini di Masjid Al-Mukaramah, Bandar Sri Damansara pada 18 Mac 2012.

Kami akan selalu menyiarkan berita-berita pelatihan dan promosi di blog ini, jadi, sebar-sebarkan kepada mereka yang berminat untuk terus mengikuti perkembangan kami.

Terima kasih di atas sokongan anda.

Bagaimana Saya Bermula...

Seperti kebanyakan orang, saya juga mengalami sakit-sakit di beberapa bahagian badan, terutamanya di bahagian tulang belakang dan pinggang, kerap letih dan mengantuk, dan masalah angin di dalam badan.  Pada mulanya saya menyangkakan ianya adalah simptom biasa dek peningkatan usia.  Saya rajin berurut ke sana ke mari untuk memantapkan kesihatan di samping pengambilan makanan kesihatan sebagai langkah menjaga potensi diri.  Sehinggalah Allah menggerakkan hati saya untuk mengikuti Kursus Bekam di Indonesia pada tahun 2011.  Dan, di sanalah segalanya bermula.

Dalam pada saya mengikuti kursus di sana, saya telah mengalami kecederaan di buku lali saya.  Dicadangkan oleh seorang teman kursus untuk berurut, maka saya pun pergi mencari tukang urut di sana yang menggunakan duit syiling.  Ya, memang hilang sakit-sakit badan, tapi lepas itu, seminggu badan saya sakit akibat pedih dan perit duit syiling yang menggaru di segenap badan saya.

Alhamdulillah,  jika Allah mahu memberi, tiada siapa dapat mencegah.  Saya diizinkanNya untuk bertemu dengan Pak Zaeni, yang mengamalkan terapi pembetulan tulang pinggul, yang belum pernah saya temui sebelum ini.  Dengan rawatan selama 20minit, hilang semua kesakitan di bahagian kaki yang terseliuh dan badan pula menjadi ringan dan selesa.  Inilah keajaiban kurniaan Allah S.W.T yang telah menarik minat saya untuk mempelajari teknik Terapi Urutan Pembetulan Tulang Pinggul dan berguru dengan Pak Zaeni.

Dengan ilmu yang tidak seberapa inilah, saya meneruskan langkah mengembangkan teknik rawatan yang diberi nama Dr. Alignment yang menekankan rawatan tulang pinggul dan tulang belakang.

Kepada anda di luar sana yang masih belum mencuba rawatan ini, sila hubungi saya di talian 013-921 9866 (Zafer Hashim) atau pembantu peribadi saya 016-297 5028 (Syifa') untuk temujanji dan kaunseling.